Beberapa hari selepas itu.
Posted by Hj. Muhd. Ridhwan in Feelings on Thursday, May 14, 2009
Assalamu'alaikum.
Khamis, 14 Mei 2009. Aku tidak mengetahui apakah tarikh hari ini dalam kalendar Hijrah. Teruknya aku sebagai seorang Muslim, sehinggakan tarikh hari ini dan apakah tahun ini dalam kalendar Hijrah aku lupakan. Setelah aku search melalui enjin carian Google, aku telah mengetahui bahawa hari ini adalah 19 Jamadil-Awal 1430H(mungkin ralat satu hari).
Namun, aku tidak membuat post ini untuk membincangkan mengenai kalendar Hijrah. Aku menaip ini untuk menceritakan tentang diri ini setelah beberapa hari berlalu selepas peristiwa itu.
...bodohnya diri ini. Dalam masa tiga hari ini aku sering memikirkan mengapakah aku terlalu bodoh dan tidak dapat menjangka apa yang akan terjadi. Mengapakah diri ini tidak dapat melihat apa yang ada di hati orang lain dan gagal untuk menjaganya? Secara tidak langsung aku menyakiti seseorang. Aku buta, aku buta, mata hatiku buta...
Aku tidak mahu menyakiti seseorang, aku memang tidak mahu menyinggung perasaan sesiapa pun. Tetapi selalunya aku terlalu mengikut kata hati dan menjangkaui had yang telah ditetapkan. Bukan sifatku untuk mengganggu sesiapa. Malah aku malu untuk mengganggu sesiapa.
Mengapakah diri ini berbuat salah? Aku hampir menyesali hakikat diriku ini yang selalu berbuat kesalahan. Hatiku meronta-ronta, mengapakah aku berbuat kesalahan sehingga aku kehilangan sahabat yang amat ku sayangi? Aku mengadu kepada Tuhan, aku menangis dalam sujudku. Aku minta diselamatkan. Aku hampir tidak tahan...
...tetapi, bila aku mengatakan aku tidak tahan, sebenarnya aku dapat menahan deritaku dan sebenarnya aku dapat tabah dalam ujian ini. Tetapi aku mengaku, diriku bukan kebal, moodku sering bertukar-tukar dan demi Allah, jika Dia tidak membantuku, aku pasti tenggelam dalam jurang emosiku. Kadang-kadang aku kesedihan, kadang-kadang aku gembira. Apabila aku gembira, aku rasa bersyukur kerana diberikan ketenangan yang sementara. Aku tidak kisah jika ianya sementara, kerana aku yakin Allah akan memperkenankan doaku. Aku hanya perlu sabar mengharunginya.
Aku juga pernah hampir menyalahkan takdir, mengapakah aku dilahirkan sebegini? Mengapakah aku keseorangan? Mengapakah? Mengapakah......? Sebak hatiku menahan derita yang telah lama aku lupakan. Derita yang telah dilupakan apabila aku mempunyai insan-insan yang bergelar sahabat. Derita ini telah dibangkitkan dari kuburnya apabila terjadinya peristiwa pada beberapa hari yang lepas.
Andainya aku tidak membuat kesalahan itu, andainya aku tahu hakikatnya...aku pasti tidak akan menderita begini. Tetapi, adalah salah untuk menggunakan perkataan "andainya", kerana masa lalu tidak akan kembali semula. Aku tidak boleh menyalahkan takdir, kerana ini semua adalah ujian dari-Nya.
Aku bersyukur, kerana aku diberikan ilmu dan kesedaran mengenai hakikat ini. Jika tidak, sudah tentu aku terjatuh dalam jurang yang aku sendiri tidak mahu terjatuh dalam. Hari ini aku membaca satu artikel, yang menjelaskan tentang hakikat ujian dari Tuhan. Artikel tersebut menyedarkan diriku.
Sebenarnya, diriku ini biasanya mampu berfikir dengan matang tanpa mendengar nasihat orang lain. Aku mampu menasihati diriku sendiri kerana pengalamanku bertahun-tahun keseorangan. Tetapi, amat susah untuk hatiku untuk mendengar akalku. Akalku bagai seorang cendiakawan tua dan hatiku bagai seorang anak kecil yang sukar mendengar kata. Namun, aku tidak sempurna. Aku jauh dari kesempurnaan. Aku juga perlukan nasihat orang lain. Dan aku juga tidak mahu menyombongkan diri sehingga menganggap diriku ini sentiasa betul. Aku mahu membuang sejarah lamaku yang hitam...
Dalam hal ini, aku yang bersalah. Aku sangat menyesali perbuatanku sehingga datang persoalan dalam diriku mengapakah Allah membiarkan aku berbuat demikian. Aku amat menyesali kesalahanku sehingga aku berasa ingin memutarkan kembali masa untuk memperbaikinya. Aku cumalah manusia biasa, tidak mungkin aku tidak akan melakukan kesalahan. Namun, aku tidak akan menggunakan alasan aku adalah manusia biasa untuk lari dari kesalahanku. Aku tidak bermaksud untuk melakukannya, jikalau aku tahu, tidak mungkin aku mengambil tindakan tersebut. Demi Allah, tidak mungkin...tidak mungkin aku melakukannya...
Maafkan aku...forgive me...aku meminta maaf dari hatiku...
Dan kepada Aisyah, maafkan aku juga...aku memungkiri janjiku kepadamu. Maafkan aku jika aku berlaku kasar denganmu...aku tidak bermaksud sedemikian. Aku menjawab pertanyaanmu dengan seringkas-ringkasnya dan dengan sambil lewa kerana terluka. Tidak patut aku berlaku demikian kepada sahabatku yang telah berjasa banyak kepadaku....
Setelah bertanya dengan Azreen mengenai masalahku ini, aku sedar apa yang aku patut lakukan. Terima kasih tidak terhingga kerana sanggup meluangkan masa untuk menjawab persoalanku. Terus terang aku mengatakan aku berat hati untuk menegurmu, kerana mungkin menyinggung perasaannya, kerana kau sahabat rapatnya.
Sekarang ini, aku hanya perlu bersabar dan tabah. Allah adalah tempatku bergantung. Aku berharap Dia akan memperkenankan doaku dan aku berharap ikatan persahabatan yang telah aku jalin selama ini yang telah rosak akan kembali pulih. Aku akui, ujian ini terasa amat berat untukku. Amat berat sehingga aku hampir menyerah kalah dan berasa diri ini patut mati sahaja. Derita lamaku yang masih berlangsung hingga kini membuatkan lukaku terasa semakin pedih. Hanya Allah harapanku...
Tabahkanlah hati aku dan sabarkanlah diriku ini dalam menghadapi ujian ini.
Aku tidak mahu memutuskan hubungan silaturrahim yang telah terjalin, maka bantulah kami.
Janganlah Kau biarkan perasaan cinta ini menhancurkan kemesraan di antara kami.
Aku redha dengan ketentuan-Mu, kerana Engkau lebih tahu apa yang terbaik untukku.
Janganlah Kau pisahkan kami, janganlah Kau pisahkan kami...
Janganlah...
Anta raja'ee...
Aku tidak dapat diam untuk selamanya, aku harus bersuara...
This entry was posted on Thursday, May 14, 2009 at Thursday, May 14, 2009 and is filed under Feelings. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

# by nizaati - Tuesday, May 26, 2009 2:19:00 PM GMT+08:00
Sekurang-kurangnya,dalam bbrp hari kamu dah mulai sedar... dan pastinya kamu cube perbaikikan. Bayangkan kepedihan insan itu jika kamu tidak sedar. Hurm...
# by Hj. Muhd. Ridhwan Braveheart - Tuesday, May 26, 2009 4:26:00 PM GMT+08:00
Alhamdulillah, benda ni dah ok dah sekarang ni.
Erm, saya rasa kak perlu baca semua post saya untuk memahami perkara yg berlaku..
Post a Comment